Senin, 25 April 2011

Sang Pencinta

Seorang pencinta akan berusaha sedaya upaya untuk mencari apa yang dicintainya. Begitu juga mereka yang mencintai Allah. Segala usaha ditumpukan untuk memahami tentang kekasihnya,….Allah. Mereka pergiberguru, banyak bertanya dan membaca dan sebagainya. Ini semua adalah kerana ransangan ingin tahun, ingin mengenal diri dan mengenal Allah. Mereka berpegang kepada phrasa-phrasaatau ayat-ayat tersentu,….seperti Allah itu lebih dekat dari urat leher,.. ke mana sahaja kamu hadapkan wajahmu di situada Wajah Allah, …tiap-tiap sesuatu itu akan lebur kecuali Wajah Allah, ….tidak bergerak sesuatu zarah kecuali dengan izin Allah.
'
Dan banyak lagi kata-kata yang seumpama itu,… yang mendorong mereka berusaha mencari Allah, yang amat merekakasihi. Seorang pencinta adalah seorang kekasih nan sejati.  Apabila pencinta mula mencari Allah,  maka janganlah berputus asa, kerana bayak ranjau duri yang akan ditempuhi di dalam perjalanan. Hanya mereka yang cekal,… insyallah akan berjaya. Tetapi walaupun pahit, bagaimana seksa sekali pun,  ia perlu dilaksanakan kerana inilah fitrah sang pencinta,…. untuk mengenal Allah,… di dunia ini, semasa masih hidup bukan setelah mati.
'
Pada suatu ketika nanti dalam perjalanan nan suci itu,  sang pencinta  akan mengetahui bahawa tiada jalan atau kenderaan yang dapat digunakan untuk mencapai kekasih yang dikasihi,….Allah.  Dengan itu pencinta tidak akan lagi bersandar kepada ilmu yang diperolehinya,… atau amal yang telah dilakukannya sekian lama. Apatah lagi untuk bersandar kepada ilmu dan amalan orang lain, …. walaupun martabatnya kelihatan tinggi dari pandangan matanya.
'
Apabila telah sampai ke tahap ini, sang pencinta itu perlu menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah, bagaikan kayu mati dibawa arus sungai,… tiada daya dan upaya,.. hanya upaya arus sungai.
Datanglah kepada Allah tanpa ilmu, tanpa amal, tanpa diri, tanpa makrifat,  tanpa segala sesuatunya,
……..kecuali Allah semata-mata.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar