Senin, 25 April 2011

Mengapa… ya

Kadangkala kita terfikir juga, jika segala-galanya berasal dari Allah, sedangkan Allah itu adalah kebaikan dan tiada yang buruk datang dari NYA, mengapa kejahatan, sihir, gangguan jin, penyakit dan sebagainya wujud di dunia ini.
'
Dari manakah semua keburukan itu datang,  adakah dari Allah atau dari diri kamu sendiri. Tapi selalu kita dengar, bijak pandai sering berkata,  yang baik itu daripada Allah dan yang buruk itu daripada kamu sendiri. Benarkah begitu, jikalau tidak benar, masakan cerdik pandai berkata begitu.
'
Keburukan itu sebenarnya berpunca daripada ketidakfahaman kita terhadap kehendak Allah , Allah berfirman aku jadikan manusia itu untuk beribadah kepada ku, tapi sangat ramai yang tidak mahu beribadah kepada NYA, (tapi ingat ibadah pun bertingkat-tingkat bukan hanya puasa dan sedekah sahaja), yang ramainya adalah yang mahu meminta-minta kepada Allah. Minta rumahbesarlah, kereta mewahlah  dan sebagainya.
'
Kita sering berkata ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah, tetapi ibadah itu kita lakukan untuk diri kita sendiri . Kita boleh menipu orang ramai, tapi mampukan kita menipu Allah,  yang maha mengetahui, dan tidak satu pun yang tersembunyi daripada NYA.
'
Segala sesuatu yang wujud di dunia ini adalah daripada Allah , oleh kerana itu segala sesuatu yang terdapat di dunia ini hendaklah dikendalikan kerana Allah. Kejahatan, keburukan, penderitaan, dan gangguan makhluk halus itu adalah kerana sesuatu yang kita dikendalikan itu  bukan kerana Allah, tetapi kerana diri kita sendiri.
Secara amnya kejahatan, pendertitaan dan sebagainya itu adalah kerana penyalahgunaan kuasa oleh kita sendiri, kita berbuat sesuatu kerana diri sendiri bukan kerana Allah. Oleh itu salahkanlah diri sendiri jangan salahkan Allah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar