Senin, 25 April 2011

Bersama mu.

Allah itu tidak terpisah oleh jauhnya jarak dan tidak terikat oleh ruang dan waktu . Jauhnya tidak berjarak, dan dekatnya tidak bersentuhan. Sungguh Maha Halus dan Allah meliputi segala sesuatu, sehingga tidak disedari bahawa Allah sentiasa meliputi dan menyertai sesiapa pun di mana jua mereka berada,….dekat sekali bahkan lebih dekat dari urat leher.
'
Ketika KESADARAN itu telah timbul pada seseorang,  maka pastilah ia tidak mencari-cari atau menghadirkan Allah lagi . Bagaimana Tuhan akan dapat dicari, sebab  Tuhan tidak jauh dari dirinya, dan Tuhan tidak tersembunyi dari dirinya. Bagaimana mungkin ia dapat menghadirkan Tuhan. Sedangkan Tuhan sentiasa Qadim, bahkan Tuhan sangat Maha Hadir di mana saja seseorang itu  berada. Allah sentiasa bersamanya  dimana saja dia  berada tidak kira siang atau malam.
'
Apakah daya kekuatannya  sehingga dia dapat menghadirkan Tuhan,   walhal dia  TIADA DAYA DAN UPAYA…
'
Kesadaran,… ya tentu sekali KESADARAN yang  dapat merubah jiwanya  untuk merasakan kehadiran Allah yang meliputi segala sesuatu, dalam gerak mahupun diam, dalam tangis mahupun tawa, dalam sedih mahupun gemira, dalam sakit mahupun sihat, dalam ibadah mahupun di luar ibadah, dan sebagainya….
'
Sungguh sangat mesra, dia yang telah tumbuh KESADARAN yang demikian, yang selalu bahagia bersama Tuhannya pada setiap waktu dan ruang dan kesadaran…

Tidak ada komentar:

Posting Komentar