Minggu, 24 April 2011

Haqul yakin

Keyakinan pada tahap makrifat (haqul yakin) adalah berkonsepkan, contohnya, tiada yang memberi dan tiada yang menerima, tiada yang menyembah dan tiada yang disembah, tiada sifat engkau dantiada sifat aku, semua itu adalah semata-mata Yang Maha Berkuasa dan Meliputi. Yakin pada tahap makrifat adalah yang berdasarkan kamil atau sejati atau sebati. Kamil yang tidak membawa maksud bersatu mahupun bercerai. Kamilyang dimaksudkan di sini adalahyang bermaksud satu. Yaitu keyakinan yang tidak membawa makna aku dan tidak juga engkau, keyakinan yang berlaku pada peringkat ini, adalah pada makam wahdah, ataupun hakikat muhamad. Keyakinan ini telah melampaui makam fana bahkan ia telah berada di makam baqa. Keyakinan pada peringkat baqa adalah satu keyakinan yang tidak berubah-rubah lagi, salik itu yakin dengan sepenuh-penuhyakin, tiada satupun yang dapat menggugat keyakinannya. Berkekalan pada perpaduan yang  sebati buat selama-lamanya, yang tidak berpisah antara nafi dan isbat. Berkekalansifatnya sebagaimana sifat api dan dengan sifat asap, sebagaimana matahari dan cahaya matahari, sebagaimana bayang-bayang dengan tuan yang empunya bayang-bayang. Berkekalan sebagaimana tiada lagi yang menyembah dan tiada yang disembah, melainkan semata-mata Tuhan semesta alam, yang mutlak pada hakikatnya.
'
Berkekalan sifat manusia sebagai sifat makhluk, dan berkekalan sifat Tuhan sebagai sifat ketuhanan, bagaimanapun di antara sifat insan dan sifat penciptanya, tidak bercerai dan tidak bersatu, sebagaimana tidak bersatu dan tidak berpisahnya isbat dan nafi. Konsep keyakinan peringkat makrifat ini  adalah berlandaskan wahdah atau keesaan dalam  wajah Maha Pencipta. Yang wujud (yang menjadikan), yang ujud (yang ada), dan yang maujud ( yang dijadikan) hanya adalah wajah Pencipta yang satu. Tahap keyakinan kamil ini bukanlah sama dengan apa yang dikatakan konsep hulul (bersatu dengan Allah), dalam pengertian ringkasnya hulul itu adalah bergabung dua iaitu hamba dan tuhan menjadi satu, konsep ini adalah konsep yang tidak benar, tidak sama dengan konsep yang dibawa Rasulullah,  kerana Islam berlandaskan konsep fana, iaitu tiada yang lain hanya Allah.
'
Konsep kamil boleh dianalogikanseperti berikut, tiada angka dua  dan angka tiga dalam bilangan satu, angka dua, angka tiga, dan angka yang ke sejuta, dan angka yang ke sekian kalinya itu adalahtercantum dalam bilangan satu. Bagi orang makrifat walaupun seberapa banyaknya angka satu itu digandakan, ia tetap berwajah satu, walaupun begitu banyak manifestasi dzat dalam alam semesta, tetapi dzatnya tetap satu. Sekali lagi dinyatakan, salik yangberada di makam haqul yakin adalah berpegang kepada keyakinan peringkat wahdah, esa, atau tunggal. Allah itu satu (esa) dalam sifatnya, namaNya, afaalNya dan dzatNya, yang bersifat itu hanya sifat bagi Allah, yang bernama itu hanya nama bagiNya, yang berkelakuan itu hanya kelakuan bagiNya dan yang berdzat itu hanya dzat bagiNya. Bagaimanapun Dia tetap satu itujua.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar