Minggu, 24 April 2011

Fana adalah satu kesadaran

Fana bukan satu objek, yang dapat dicari, seperti kita mencarisebuah rumah.. tetapi ia adalah satu kesadaran yang disisipkan olih Tuhan ke dalam hati hamba-hamba yang dikasihi Nya, yang telah berusaha tanpa jemu untukmenghampirkan diri kepada NYA.
'
Ia adalah satu rasa, yang mana tiada lain yang ada hanya DIA dan segala yang berlaku atas perbuatan NYA. Apabila seseorang bertanya tentang diri Nya maka DIA akan menjawab dengan pelbagai jawapan, bergantung kepada tahap kefahaman orang itu,
'
contohnya, Dia berkata, “Aku dekat, aku lebih dekat daripada urat leher mu”,  ataupun Dia berkata,”Tiada antara, antara Aku dan engkau,” ataupun Dia akan berkata,”Aku ini Engkau.” Keadaan ini berlaku bergantung kepada kedudukan orang yang bertanya itu, ketika ia bertanya. Pada masa yang sama seseorang itu boleh berada pada makam Kesatuan atau makam kejamakan. Makam kesatuan adalah adalah alam ketuhanan, di sini hanya ada DIA, dan ego seseorang itu telah lebur dalam keesaan dengan Nya, manakala makam kejamakan adalah yang mana ego seseorang itu masih belum lebur, dan ia menggangap dirinya itu ada.
'
Tuhan dengan hamba tidak sama. Tuhan tetap tuhan dan hamba tetap hamba. Tidak mungkin Tuhan menjadi hamba dan hamba menjadi tuhan.
'
Yang baru tidak sesekali bercampur dengan yang kekal, yang baru tetap binasa dan yang kekal akan tetap kekal. Yang penting di sini adalah bagaimana kita menempatkan diri kita, sama ada yang baru atau yang kekal,
tepuk dada tanya selera.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar